Jari berinai Merah, Neelofa Adakan Majlis Berinai Malam Tadi?

Disaat tarikh sebenar pernikahan Neelofa menjadi tanda tanya netizen, hari ini hangat diperkatakan apabila jari pengacara popular itu kelihatan sudah merah berinai.

Menerusi perkongsian di Insta Story, jelas kelihatan jarinya yang sudah berinai ketika mempromosikan produk jenamanya.

Inai yang dipakainya saling tidak tumpah seperti inai yang dipakai bakal raja sehari. Jika dibandingkan dengan foto sebelum ini, Neelofa hanya memakai inai di kuku sahaja.

Malah, malam tadi tular beberapa keping gambar rakan-rakan karibnya berada di kediamanya memakai persalinan sedondon warna merah.

Berdasarkan komen netizen, mungkin berlangsung majlis berinai yang diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.

Setakat ini, Neelofa mahupun PU Riz masih lagi mengunci mulut mengenai majlis yang dinanti-nanti ramai itu.

SUMBER: Kosmo!