Jatuh Cinta Masa Tingkatan 3, Gadis Ini Bertemu Jodoh Dengan Cikgu Sendiri

0
20668

Ungkapan ‘cinta tak mengenal usia’ terbukti benar. Seperti pasangan ini, meskipun jurang usia 10 tahun namun jodoh menyatukan mereka sebagai suami isteri.

Siapa sangka hubungan Mohd Hafirudin Ramli 29 tahun dan Nur Syafieqa Samsawi 19 tahun, pada awalnya hanya guru dan pelajar, kini bergelar suami isteri.

Berkongsi kisah perkenalan merkea, Syafieqah berkata suaminya itu adalah guru kelasnya yang mengajar subjek Geografi ketika di tingkatan tiga.

Kata Syafieqah lagi, dia mengakui sudah jatuh hati pada suaminya ketika itu namun mereka tidak bercakap antara satu sama lain kecuali jika ada hal penting.

“Ketika itu, suami baru bertugas di sekolah saya dan dia mula mengajar dalam pertengahan tahun.

“Daripada awal lagi, saya sudah mula jatuh hati dengannya tetapi tidak terfikir untuk menjalin hubungan serius kerana sedar batas seorang pelajar dan guru.

“Suami guru kelas dan saya pula memegang jawatan sebagai penolong kelas, jadi ada bercakap tetapi hanya setakat hal berkaitan kerja sekolah atau subjek diajarnya, tidak lebih daripada itu,” katanya.

https://www.tiktok.com/@cik_dien92/video/6984264956975811867?is_from_webapp=v1&is_copy_url=0&sender_device=pc&sender_web_id=6893700675914794497

Bagaimanapun, Syafieqah berkata suaminya hanya mengajar dan menjadi guru kelas ketika dia di tingkatan tiga sahaja. Sejak itu mereka tidak berhubung sehinggalah tahun lalu apabila suaminya menghantar mesej di Instagram.

“Sejak itu, kami sering berhubung dan dari situ, timbul rasa sayang terhadapnya.

“Dia mula meluahkan perasaannya ketika pertemuan pertama kami di sebuah restoran, saya ingatkan dia bergurau rupanya serius untuk jadikan saya sebagai isteri,” katanya.

Selamat di satukan pada 12 Julai lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Betong, Syafieqah berkata pada awalnya keluarga keberatan untuk izinkannya berumah tangga namun terbuka hati selepas melihat kesungguhan suaminya.

“Saya cuba pujuk ibu dan ayah manakala suami turut sama berusaha dengan datang berjumpa serta meyakinkan mereka hingga akhirnya mendapat restu kedua-duanya.

“Ikutkan, hanya sepupu rapat saja yang tahu hubungan saya dan suami kerana kami cuba merahsiakannya termasuk daripada rakan sehingga tarikh pernikahan hampir. Ramai terkejut selepas tahu perkara sebenar,” katanya.

Dalam pada itu, Hafirudin yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Saratok berkata perjalanan hubungan mereka bukan mudah kerana perlu meyakinkan kedua belah pihak.

“Syukur, kami disatukan juga akhirnya dan ramai rakan guru terkejut kerana mereka tidak pernah nampak atau tahu kami bercinta.

“Saya sendiri tidak menyangka akan berkahwin dengan isteri yang dulunya pelajar saya memandangkan tidak ada perasan terhadapnya ketika di sekolah.

SUMBER: Harian Metro