Jatuh Tercampak, Motor Atau Kereta Yang Salah Dalam Video Pendek Ini?

0
55074

Baru-baru ini tersebar satu rakaman dashcam di sosial media melibatkan pelanggaran motosikal dan juga sebuah kereta. Lebih mencemaskan lagi adalah apabila penunggang motosikal tersebut tercampak jatuh ke atas jalan raya.

BACA: Kemalangan Myvi Langgar Honda Di Johor Ini Buat Netizen Marah

Melalui satu perkongsian video pendek di Twitter, insiden tersebut menimbulkan reaksi berbeza di kalangan netizen.

Dalam kejadian yang tidak diketahui mana lokasinya itu, penungggang motosikal dilihat berusaha untuk bangun sementara pemandu kereta pula keluar untuk mendapatkan penunggang yang jatuh itu.

Namun apa yang lebih menarik, perkongsian di Twitter itu juga turut mengundang undian mengenai salah siapakah kemalangan itu terjadi. Jika anda nak turut serta mengundi siapa yang salah, boleh undi di bawah ini.

Sebaiknya, perkara ini dapat dielakkan lebih-lebih lagi kereta berkenaan telah pun memberikan signal untuk masuk ke lorong kiri. Tapi itulah, benda sudah hendak jadi, kan?

Apa pun jika memandu kereta atau menunggang motosikal, pastikan kita sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Kadang-kadang kita berjaga sangat dah, akhirnya kesilapan orang lain pula yang terpalit pada kita.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.