Jodoh Neelofa Dengan PU Riz Adalah Doa Yang Dimakbulkan?

Desas desus mengenai hubungan Neelofa dengan Pencetus Ummah (PU) Riz akhirnya terjawab apabila usahawan terkenal itu dirisik oleh keluarga PU Riz Ahad lalu di kediamannya di Petaling Jaya.

Sejak tular mengenai berita itu, rata-rata netizen dan peminat menyambut baik serta gembira perkhabaran itu. Tidak kurang juga ramai yang mendoakan urusan untuk disatukan sebagai suami isteri dipermudahkan.

Dalam pada itu, akaun Instagram rasmi saluran televisyen Naura, @naurashares berkongsi semula perkongsian doa yang sering membuat Neelofa mengalirkan air mata.

Tanpa sedar doa yang dikongsikan oleh Neelofa kepada pengikut Naura tahun lalu itu seakan-akan dimakbulkan Allah.

Menerusi doa tersebut, Neelofa sentiasa berdoa supaya dikurniakan pasangan yang bukan hanya boleh membahagiakannya, tetapi seluruh umat Islam.

“Ya Allah, berikan saya pasangan yang bukan saja boleh membahagiakan saya, tapi juga keluarga, rakan-rakan, peminat dan seluruh umat Islan. Saya sentiasa berdoa apabila saya bersama dengan pasangan itu, semua orang akan rasa bahagia,” katanya.

Dalam rakaman suara berdurasi 57 saat itu, Neelofa dilihat gagal menahan sebak dan sukar mengungkapkan doa yang sentiasa dipohon daripada Allah SWT.

Perkongsian Naura itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak menyangka Neelofa akhirnya bertemu dengan seseorang yang diimpikan selama ini.

SUMBER: Harian Metro