JPJ Melaka Lelong 153 Kenderaan Dengan Harga Bermula RM6

Buat mereka yang sedang tercari-cari kenderaan terpakai, nampaknya anda boleh mencuba nasib di acara lelongan kenderaan yang diadakan oleh JPJ Melaka sejak awal pagi semalam.

Menerusi acara yang dijalankan, sebanyak 153 kenderaan telah dilelong membabitkan pelbagai jenama termasuk motosikal, kereta, van dan lori dengan harga nilaian keseluruhan bernilai RM494,930.

Acara itu menerima sambutan lebih 300 pembida dari seluruh negara termasuk Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Jodor.

Menariknya, kenderaan pelbagai jenama yang disita tidak dituntut itu dilelong bermula pada harga RM6.

Setakat ini kenderaan dengan harga penawaran tertinggi dibida pada harga RM14,000 membabitkan kenderaan jenis MPV.

Menurut pihak JPJ Melaka, kenderaan yang dilelong merupakan kenderaan yang disita dan tidak dituntut dalam tempoh yang ditetapkan malah kebanyakkannya menyalahi kesalahan disebabkan merupakan kenderaan klon