Jual Ayam Goreng Tapi Najis Masih Ada, Pemilik Asal Jenama Ini Dedah Perkara Sebenar

0
6899

Baru-baru ini tular video dikongsikan oleh seorang wanita di aplikasi TikTok yang berdepan perkara menggelikan apabila ketika makan ayam goreng yang dibelinya masih mempunyai najis.

Menerusi video itu, turut dikongsikan apabila dipicit ayam goreng berkenaan keluar najis yang mengandungi dedak jagung makanan ayam.

Kata wanita itu lagi, sebaik sahaja melihat najis tersebut, dia terus muntah-muntah dan loya disebabkan ayam goreng berkenaan.

https://www.tiktok.com/@quennnuts/video/7063003112654556443?_t=8PspPkjJ9hx&_r=1

Menurutnya lagi, kuah kicap yang disediakan memang sedap tetapi tidak peka dalam soal kebersihan terutama ayam yang disediakan. Katanya lagi, bahagian ayam yang diterimanya itu dipercayai pundi ayam.

Sementara itu, di ruangan komen wanita itu memberitahu ayam goreng tersebut bukan dibeli daripada Tiga Budak Gemuk sebaliknya di 3bg Cawangan PPR SG Bonus.

Susulan video tular itu, pemilik asal jenama Tiga Budak Gemuk menjelaskan perkara sebenar. Menerusi video dikongsikan pemilik jenama itu memberitahu ada perniagaan menggunakan nama 3bg Ayam Kicap Sambal Power yang menjual makanan sama dengan syarikatnya.

Katanya lagi, hasil siasatan mendapati perniagaan itu dijalankan oleh bekas suami salah seorang pemilik Tiga Budak Gemuk.

Jelasnya lagi, perniagaan 3bg kini semakin meluas sekaligus menimbulkan kekeliruan orang ramai dalam masa sama menjatuhkan reputasi Tiga Budak Gemuk. Difahamkan, syarikat Tiga Budak Gemuk telah mengarahkan peguam mereka untuk menfailkan writ saman.

SUMBER: TikTok