Baru saja 11 hari kita menyambut bulan Ramadan, ada saja cerita kita dengar mengenai nasi arab Chef Ammar sehingga berlaku kekecohan.
Semuanya gara-gara apabila pelanggan tidak berpuas hati kerana tidak berjaya mendapatkan hidangan tersebut meskipun sudah lama beratur.
Lebih mengejutkan ada yang dengan menjual semula Lamb Shank Chef Ammar dengan harga lebih mahal buat mereka yang mahu mendapatkannya.
Menerusi satu video dikongsikan di media sosial, ada individu yang menjual semula nasi arab berkenaan pada harga RM65 ringgit. Difahamkan, harga sebenar nasi arab tersebut adalah RM50, namun perlu beratur panjang dan menunggu lama.
Namun, ada yang tidak kisah untuk membayar lebih untuk merasai kenikmatan nasi arab itu daripada perlu beratur panjang.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada netizen yang marah dengan tindakan individu yang menjual semula juadah berkenaan. Kata netizen, inilah punca ramai pelanggan tidak dapat untuk membeli nasi arab tersebut.
Tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan cara individu berkenaan mencari rezeki dengan dimana mengenakan servis untuk tolong beratur mendapatkan hidangan tersebut.
Kata netizen lagi, siapa yang tidak mahu beratur boleh sahaja bayar lebih untuk dapatkan cara mudah. Jika tidak mahu bayar malah, beraturlah sendiri untuk dapatkannya.
Netizen berkata lagi, mereka yang membeli daripada reseller juga bersetuju upah diberikan dan kerja dilakukan oleh individu berkenaan tiada masalah serta sama-sama mencari rezeki.
SUMBER: FacebookÂ