Jualan Cecah RM90,000 Sehari, Lelaki Ini Buat Kira-Kira Jangkaan Jualan Nasi Arab Chef Ammar Dalam Sebulan

0
8569

Setiap kali bulan Ramadan pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan nasi arab lamb shank oleh Chef Ammar.

Sejak dari awal Ramadan, ada sahaja cerita mengenai Nasi Arab Chef Ammar. Malah sehingga menghampiri penghujung Ramadan, masih ramai beratur panjang untuk mendapatkan Nasi Arab tersebut.

Melihatkan ramai yang sanggup beratur seawal jam 2.30 petang, pasti ramai tertanya-tanya berapakah hidangan yang terjual dalam masa sehari.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok Arif Aiman ada berkongsikan keuntungan yang dihasilkan oleh Chef Ammar dalam masa sehari.

Difahamkan, pemuda itu ada bertanyakan kepada pekerja Chef Ammar dimana 1,200 bekas untuk Ayam dan 1,200 bekas untuk kambing terjual dalam sehari.

Harga untuk ayam dijual pada harga RM25 sebekas manakala RM50 untuk nasi arab kambing. Itu bermakna keuntungan daripada jualan itu adalah sebanyak RM90,00 sehari.

Itu baru keuntungan dalam masa sehari. Arif turut berkongsikan kiraan keuntungan Chef Ammar dalam masa sebulan pula dimana mencecah hingga RM2 juta.

Bagaimanapun, video tersebut mendapat perhatian Chef Ammar yang dilihat turut meninggalkan komen meminta pemuda itu mendapatkan fakta yang tepat.

Ujar Chef Ammar, banyak perkara yang perlu diambil kita termasuk bayaran sewa premis, sewa restoran, gaji pekerja dan kos bahan-bahan.

SUMBER: TikTok