Sebut sahaja nama Khairul Aming, sememangnya ramai mengenali personaliti media sosial ini yang terkenal dengan video masakannya yang membuat ramai terliur dan menyelerakan.
Pasti ramai tahu Khairulaming akhirnya memperkenalkan produk keluarannya iaitu Sambal Nyet. Lebih mengejutkan dalam perkongsian di Twitter, Khairul Aming memaklumkan produknya itu berjaya mencecah jualan RM7.5 juta dalam tempoh setahun.
Menerusi entri itu juga, Khairul Aming berkongsikan ketika di awal keluaran produknya itu yang hanya bermula di rumah kemudian ke lot kedai dan akhirnya membuka kilang baru di Kota Bharu, Kelantan berkeluasan 14,000 kaki persegi.
Selepas genap setahun Sambal Nyet dilancarkan, alhamdulillah kita berjaya cecah jualan RM 7.5 juta ringgit. Sekarang kilang sambal nyet seluas 14,000 sqft telah pun siap renovation and finally ready untuk aku tunjuk kat korang. Welcome guys to our first Townhall๐โโ๏ธ๐๐ป [Thread] : pic.twitter.com/lksN7rojzS
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Meskipun nampak indah pada jualan sambalnya itu, Khairul Aming turut berkongsikan kesilapan dilakukan sepanjang tahun lalu, namun dia belajar dari kesilapan.
Sepanjang setengah tahun yang lepas macam-macam silap aku buat. Ada tersilap beli mesin, tersilap beli material, tersilap design layout etc. Tapi dari situ la kita belajar. Selepas spend lebih dari 1 juta ringgit, ini kilang yang beroperasi pada hari ini pic.twitter.com/MTFVGGDjik
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Khairul Aming memberitahu, dia membelanjakan lebih RM1 juta untuk kilangnya itu dan langkah seterusnya untuk mendapatkan sijil MesTI dan Halal pada tahun ini.
Dari segi pembuatan sambal, kita dah berjaya automate lebih dari 50%. Berbekalkan dengan mesin-mesin ni, banyak masa kita dpt jimatkan untuk production. Mesin terbesar dan termahal yg kita beli adalah custom-made boiler yang panjang lebar ni ๐ pic.twitter.com/qLMFXBHCH1
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Perkongsian Khairul Aming itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah kepada pemuda itu di atas kejayaannya.
Difahamkan, sehingga ke hari ini jualan Sambal Nyet masih lagi kekal sold out setiap hari. Bagaimanapun, Khairul Aming berkata pihaknya sudah pun menaikkan jumlah keluaran dan semakin ramai orang dapat membeli.
SUMBER: Twitter KhairulAming