Jumpa Lipas Dalam Makanan, Gadis Tenang & Siap Senyum Lagi Tegur Pekerja

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok oleh seorang gadis yang terjumpa seekor lipas di dalam makanan yang dipesannya.

Menerusi video itu, gadis berkenaan menyedari ada bendasing dalam makanannya itu setelah hampir habis hidangan berkenaan.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah gadis itu dilihat tetap tenang memaklumkan mengenai perkara itu kepada pekerja kedai makan berkenaan.

Gadis tersebut turut menitipkan pesanan kepada pekerja kedai berkenaan supaya lebih berhati-hati selepas ini.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan gadis berkenaan yang tenang, malah boleh melemparkan senyuman lagi ketika berdepan situasi tersebut.

Tidak kurang juga, ada netizen mengaitkan situasi berkenaan jika berlaku kepada seorang wanita yang viral baru-baru ini kerana mengamuk di sebuah kedai serbaneka, sudah pasti berlaku kekecohan.

SUMBER: TikTok @at_bie