Umum mengetahui, World Health Organization (WHO) mengesahkan COVID-19 sebagai pendemik dimana ia boleh berjangkit merentasi sempadan. Malah, melihat pada peningkatan kes di Malaysia sekaligus menimbulkan kebimbangan ramai.
Bagaimanapun, di saat-saat genting itu juga masih ada segelintir rakyat kita yang berdegil untuk bercuti ke luar negara dek kerana teruja dengan tawaran harga tiket murah oleh beberapa syarikat penerbangan.
Susulan itu, seorang kakitangan perubatan menerusi Facebooknya meluahkan rasa kesal dengan sikap ‘pentingkan diri’ segelintir ‘kaki travel’ yang mengambil remeh dengan wabak membawa maut itu.
Menurutnya, golongan sedemkian kononnya beranggapan jika ada mengalami simptom boleh terus ke hospital namun tidak tahu ianya memberi kesan kepada pegawai kesihatan dimana cuti mereka dibekukan kerana perlu bertugas.
Ujarnya lagi, kakitangan perubatan juga mempunyai keluarga, suami/isteri dan anak-anak. Tidak kurang juga ada yang tidak sempat ke tandas apatah lagi menjamah makanan.
Dalam pada itu, seorang kakitangan perubatan turut memohon orang ramai agar mengurangkan aktiviti di luar atau ditempat ramai orang. Malah, turut meminta agar kasihankan kakitangan perubatan yang bertugas kerana perlu memakai suit berjam-jam lamanya.
Apa pun diharap orang ramai turut memberi kerjasama untuk memudahkan semua pihak. Jangan hanya kerana ingin berseronok orang lain turut menjadi mangsa.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂
Tutup je syarikat penerbangan untuk penumpang sementara 1 bulan ni.. Clear.. Perduli lh rugi ekonomi daripada ramai yang mati gara² dorang yang x berkerjasama ni..