Kacau Abang Foodpanda Nak Makan, Penyampai Radio Ini Dikecam Hebat

Tidak dinafikan di zaman pandemik ini sukar untuk mendapatkan pekerjaan, namun masih ada rezeki diluar sana untuk anak muda dengan melakukan kerja penghantar makanan.

Baru-baru ini tular video dikongsikan stesen radio popular yang terlihat seorang abang Foodpanda sedang makan di kaki lima stesen pam minyak.

Ditanya oleh penyampai radio tersebut mengapa makan disitu, lelaki itu menjawab dia singgah di stesen pam untuk menunaikan solat Maghrib dan mengambil kesempatan untuk makan.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang memuji sikap anak muda berkenaan yang tidak lupa menunaikan kewajipan meskipun bekerja.

Namun, ada segelintir netizen mengecam tindakan penyampai radio berkenaan kerana mengganggu rider berkenaan sedang makan.

Malah, ada yang mengecam tindakan penyampai radio itu seolah tiada adab dan tidak menghormati rider tersebut yang sedang menghadap rezeki serta terpaksa bercakap ketika sedang makan mungkin kerana sedang mengejar masa.

Kata netizen lagi mereka tahu niat baik penyampai radiao itu dan tiada masalah untuk menerjah rider tersebut namun pastikan selesai makan terlebih dahulu.

Tidak kurang juga, ramai mendoakan agar anak muda tersebut dipermudahkan segala urusan, dilindungi Allah serta dimurahkan rezeki.