Kadar Kebolehjangkitan Meningkat, Malaysia Berdepan Gelombang Keempat Covid-19

Susulan peningkatan kes Covid-19 sejak akhir-akhir ini, Malaysia berkemungkinan bakal berhadapan risiko gelombang keempat wabak berkenaan.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berdasarkan data dikumpul oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-Naught (Ro/Rt) kembali meningkat kepada 1.06.

Kata Ismail Sabri lagi, data di peringkat negeri pula menunjukkan Terengganu merekodkan Ro/Rt tertinggi iaitu 1.56.

Beliau turut mengingatkan orang ramai tidak leka apatah lagi aktiviti sepanjang Ramadan sudah pun dibenarkan.

“Data daripada KKM menunjukkan kemungkinan berlakunya gelombang keempat Covid-19. Maka, kita bersama-sama perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apatah lagi pada bulan Ramadan terdapat banyak aktiviti seperti Bazar Ramadan, majlis berbuka, moreh dan solat Tarawih berjemaah,” katanya.

SUMBER: Harian Metro