Kahwin Dengan Kawan Baik Sendiri, Suami Isteri Ini Geli Bila Cuba Bermanja

Benarlah bahawa jodoh itu rahsia Allah. Adakalanya kita tidak menyangka jodoh kita mungkin seseorang yang sangat dekat dan tidak mustahil kawan baik sendiri.

Baru-baru ini tular kisah pasangan pengantin baru ini yang sebelum ini bergelar kawan baik yang akhirnya menjadi suami isteri.

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah gelagat pasangan suami isteri ini yang cuba untuk bermanja namun tidak dapat menahan ketawa kerana geli memandangkan mereka sebelum ini merupakan sahabat baik.

@mumukdaneno

kok manggil suami istri jadi ngakak sendiri :’)

♬ suara asli – mumukgomez & enoretra – mumukgomez & enoretra

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur melihat aksi psangan tersebut dan tidak dapat bayangkan jika mereka berkahwin dengan kawan baik sendiri.

Tidak kurang juga, ada yang berkongsikan pengalaman mereka dimana ada yang mengatakan apa yang paling sukar untuk menukar nama panggilan.

SUMBER: TikTok