Sebelum kita mula dengan penjelasan tentang apa yang pernah dibincangkan oleh penganalisis ekonomi ini, marilah kita menerima realiti dengan sebaiknya – pahit tapi ditelan jua.
BACA: 5 Bandar Paling Kuat Kerja Lebih Masa Di Dunia
Melalui laporan BH Online pada Julai lalu, penganalisis ekonomi, Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor menjelaskan bahawa wujud perbezaan yang ketara dari segi kos sara hidup antara bandar tertentu di Malaysia.
“Di Kuala Lumpur, dengan pendapatan RM2,500 sebulan mungkin dikategorikan sebagai miskin bandar. Sebab itu, ukuran PGK ini perlu dikhususkan mengikut lokaliti atau bandar-bandar.
“Mungkin Bandaraya Johor Bahru dan Georgetown, Pulau Pinang tidak sama dengan PGK di Kota Kinabalu di Sabah. Sama juga (PGK) di Kuala Lumpur pun berbeza dengan bandar-bandar yang lain,” jelasnya.
Sementara itu, bagi bandar seperti Kota Bharu di Kelantan, pendapatan RM1,500 sebulan mungkin mencukupi bagi individu yang sudah berkeluarga tapi tidak bagi bandar besar lain.
Jika anda ingin tahu, semua ini adalah maklumat bagi menilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Pada tahun 2005, PGK bagi isi rumah ialah RM980 dan mengikutkan perkembangan semasa, nilai itu kini tidak relevan.
Malah melalui update terkini, jumlah tepat terbaru untuk Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang dibuat pada tahun ialah 2019 ialah RM2,208 (berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan).
Jadi berapa jumlah gaji anda sekarang? Hiduplah di atas kemampuan tapi itulah, cantik jugak iPhone 12 yang baru keluar,kan?
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
Sumber: BH Online