Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai seorang penyampai radio yang didakwa curang. Perkara itu turut mendapat perhatian pengacara rancangan Tanya Doktor, Dr Say Shazril yang mengulas mengenai isu tersebut.
Dr Say berkata, jika berlaku isu seperti ini kasihan pada anak-anak yang akan menjadi mangsa apabila mereka dewasa kelak dan tahu perangai sebenar bapa mereka.
Bagaimanapun, Dr Say berkata setiap tindakan individu tersebut pasti ada punca mengapa individu itu berbuat demikian sehingga sanggup berlaku curang.
Dalam pada itu, Dr Say turut memberi nasihat kepada pasangan diluar sana terutama suami agar duduk berbincang dengan isteri jika ada masalah atau ada perkara yang tidak puas hati.
“Bagi saya semua yang berlaku pasti ada sebab, kiranya kenapa lelaki curang pun ada sebab.
“Contohnya isterinya bebel melampau ke, isterinya tak memuaskan kehendaknya ke, isterinya tak ‘up to par’ dengan apa yang dia mahu ke.
“Tapi semua ni boleh bawa bincang wahai suami oiii. Ada apa tak puas hati, ‘sit down and communicate’ bukan berzina dengan perempuan lain,” tulisnya.
Dr Say turut berkongsikan pengalamannya dengan isterinya, dimana jika ada masalah, mereka akan berkomunikasi dan berbincang seperti orang dewasa.
Ujarnya, dia bukan mahu menunjuk tentang hal rumah tangganya tetapi hanya berkongsikan untuk menjaga hubungan dengan pasangan sekaligus menjaga keharmonian rumah tangga.
Diakhir perkongsian itu, Dr Say berkata dia tidak menolak poligami tetapi tidak gemar tentang berlaku curang. Nasihatnya lagi, jika sudah tiada perasaan adalah lebih baik lepaskan sahaja isteri.
“Saya tak ‘against’ poligami walaupun saya tak berapa gemar tapi saya sangat menentang curang.
“Kalau takde perasaan sangat kat isteri tu ‘grow some balls’ & ceriakan dia daripada berkongsi bebola,” pesannya.