“Kalau Adik Tahu Ini Lagu Ketuhanan, Adik Takkan Nyanyi Macam Ini”

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi baharu Nuha Bahrin yang menerima kecaman netizen tentang persembahannya menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir di pentas Vokal Mania pada Ahal lalu.

Perkara itu turut mendapat perhatian pengacara dan komposer terkenal Fedtri Yahya yang turut memberikan komen mengenai nyanyian Nuha itu.

Fedtri berkata, lagu nyanyian asal oleh Datuk Jamal Abdillah itu berunsur ketuhanan dan tidak sepatutnya ditukar rentaknya begitu sekali. Katanya lagi, jika dia tahu maksud sebenar lagu tersebut pasti tidak akan menyampaikan dengan cara sedemikian.

Perkongsian Fedtri itu turut mendapat perhatian netizen yang bersetuju dengan pendapatnnya itu dan merasakan Nuha sepatutnya memahami dulu lirik sesebuah lagu untuk bergelar seorang penyanyi yang baik.

Dalam pada itu, pencipta lagu pencipta lagu berkenaan iaitu Fauzi Marzuki juga turut memberikan komen seolah tidak dapat mengenali lagu asal yang ditulis olehnya itu.

Tidak hanya berdiam diri, Nuha Bahrin tampil memohon maaf secara terbuka selepas menerima kecaman hebat oleh netizen. Katanya dia sedar di atas kekilafannya itu dan akan berusaha untuk memperbaiki persembahannya di masa akan datang.

Apa pun diharap segala kata-kata negatif netizen akan dijadikan sebagai semangat buat Nuha Bahrin untuk terus menyinar dalam industri muzik tanah air.