Kanak-Kanak Ini Gigih Panjat Bumbung Kibar Bendera Putih Demi Bantu Nenek

Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai kempen bendera putih yang dilancarkan sebagai isyarat buat mereka yang memerlukan bantuan ketika pandemik ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @salwanaidin berkongsikan video yang dirakam tanpa sengaja memaparkan seorang kanak-kanak sanggup memanjat bumbung mengibarkan bendera putih untuk meminta bantuan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah kawasan pangsapuri dan tindakan kanak-kanak tersebut mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO) yang segera ke rumahnya memberikan bantuan.

https://www.tiktok.com/@salwanaidin/video/6982169847178317083?re=&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6893700675914794497

Menurutnya, kanak-kanak itu tinggal bersama nenek dan adiknya yang masih kecil. Lebih sebak, bil air elektrik dan sewa rumah juga sudah berbulan tidak mampu dibayar, manakala bekalan makanan sudah terputus.

Keluarga kecil itu hanya bergantung dengan perniagaan kuih muih untuk menampung perbelanjaan namun sejak PKP mereka hilang punca pendapatan.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat ramai yang susah sehingga tiada pendapatan susulan pandemik dan PKP.

Malah, ramai mendoakan keluarga itu terus tabah dan berterima kasih kepada pihak yang memberikan bantuan.

SUMBER: TikTok