Kantoi Dengan Isteri Beli Basikal Sama Dengan KJ, Netizen Cuba ‘Selamatkan’ Lelaki Ini

0
12681

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang cedera selepas terjatuh dari basikal, akibat terlanggar lubang jalan.

Perkara itu menjadi perhatian ramai apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat membuat permohonan maaf atas kejadian yang menimpa Khairy dan akan mengambil tindakan segera atas isu berkenaan.

Namun, isu tersebut sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila harga basikal milik KJ itu menjadi bualan hangat di laman Twitter.

Bagaimanapun, bukan harga basikal tersebut menjadi kecaman atau dipersoal netizen tetapi status seorang wanita yang terkejut dengan harga basikal berkenaan yang hampir sama dengan suaminya.

https://twitter.com/cikNils/status/1343412777205989384

Melihatkan status wanita tersebut, suaminya sebelum ini difahamkan tidak pernah memberitahu bahawa harga basikal berkenaan mencecah RM45,000 seperti yang dikongsikan.

Difahamkan, akaun BorneoGhost ada memuat naik harga basikal yang dimiliki oleh KJ. tetapi tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tidak harga basikal berkenaan mencecah nilai seperti yang dikongsikan.

Namun apa yang membuatkan netizen terhibur apabila kaum lelaki cuba menyelamatkan si suami yang sudah ‘kantoi’ membeli basikal sehingga berpuluh ribu ringgit.

Meskipun hanya gurauan, namun lelaki sememangnya sepakat untuk menyelamatkan kaum mereka lebih-lebih lagi jika terkantoi membeli barangan yang mungkin tidak dipersetujui oleh isteri.

SUMBER: Twitter