Kantoi Mesej Dengan Awek Kurus 2 Bulan Sebelum Isteri Meninggal, Suami Remuk Hati Bila Cek Telefon Arwah

Sewaktu kita hidup hargailah insan di sekeliling kita terutama pasangan masing-masing kerana apabila mereka sudah tiada nanti tidak rasa menyesal.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang lelaki mengenai sahabat baiknya yang kesal kerana menyakiti hati arwah isteri ketika hayatnya.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, lelaki itu berkata rakannya dikenali sebagai Zack meluahkan rasa kesal kerana dua bulan sebelum isterinya meninggal dia pernah kantoi mesej dengan wanita lain.

“Eddie, kau tahu tak. Sekarang ni aku hidup penuh dengan rasa serba salah dan penuh penyesalan. Aku menyesal dengan apa yg aku dah buat dekat arwah sebelum ni.”

“Kenapa pulak Zack. Apa yg kau kesalkan?”

“Macam ni bro,

“2 bulan sebelum arwah isteri aku meninggal.
Aku pernah terkantol mesej dengan kawan 1 tempat kerja aku. Masa tu bini aku marah sangat dekat aku,” katanya.

Tidak tahan dimarahi isterinya, Zack melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati kepada isterinya serta merendahkan arwah.

“Sebab aku dah tak tahan sangat dia bisingĀ². Aku pun terus lah cakap.

“Ye, memang abang suka tengok budak perempuan tu. Cantik, pandai melawa. Pinggang ramping. Tak macam awak. Gemok gedempol,” katanya.

Selepas kejadian itu, Zack menyedari isterinya banyak berdiam diri dan tidak lagi ceria seperti selalu.

Zack menyangkakan mungkin isterinya sangat terasa dengan kata-katanya itu sehinggalah pada suatu hati sebelum ditidurkan isterinya sempat memohon maaf dan meminta suaminya itu menghalalkan segalanya.

Bagaimanapun, Zack berkata dia sempat meminta maaf kepada isterinya namun dia lebih sedih dan menyesal dengan penghinaan yang dilakukannya selepas menggodek telefon bimbit milik isterinya.

Zack berkata dia melihat pada bahagian search di YouTube dan mendapati isterinya membuat carian tentang cara-cara untuk menurunkan berat badan.

Lebih sebak, Zack berkata di troli Shopee milik isterinya pula penuh dengan produk untuk kurus namun tidak mampu membeli kerana ddirinya sebagai suami tidak memberikan duit untuk membeli barangan berkenaan.

Dalam pada itu, Zack turut meminta rakannya itu berkongsikan kepada orang ramai tentang kisahnya itu supaya dapat dijadikan iktibar kepada lelaki lain supaya lebih menghargai isteri ketika mereka masih ada.

SUMBER: FB ViralMediaMalaya