Kantoi Tersenyum Tengok Syifa Melvin Ketika Live, Safawi Rasid Tertunduk Malu

Sabtu lalu berlangsungnya saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan skuad negara bertemu Bahrain. Meskipun hujan lebat, namun penonton tetap setia di stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Turut hadir memberi sokongan pelakon Syifa Melvin bersama adik-beradiknya untuk memberi sokongan buat Harimau Malaya serta buah hatinya, Safawi Rasid.

Tular video di aplikasi TikTok dikongsikan oleh seorang pengguna bernama @ncesssyy dimana wajah Syifa dirakam oleh kemera TV yang dilihat cukup cantik di tempat penonton.

Malah, kamera juga turut tertumpu kepada Safawi yang dalam diam sempat tersenyum melihat wajah teman wanitanya di skrin besar stadium berkenaan. Sedar wajahnya dirakam, Safawi dilihat tertunduk malu selepas kantoi tersenyum.

Diruangan komen, rata-rata netizen tersenyum melihat gelagat pasangan itu, malah ada yang memuji kecantikan Syifa.

Dalam pada itu, ada yang berseloroh jurukamera juga kuat menyakat serta mengatakan semuanya sudah dirancang.

SUMBER: TikTok & Kisah Dunia