Kayuh Bersendirian, Penunggang Basikal Wanita Maut Dilenyek Lori Di Putrajaya

Terkejut juga baca berita mengenai kemalangan yang terjadi di Putrajaya ini. Seorang wanita yang berbasikal bersendirian telah meninggal dunia melibatkan insiden dengan sebuah lori.

BACA: Tindakan Akak Basikal Tukar Lane Ini Buat Netizen Marah Sungguh

Melalui perkongsian Shukri Hassan di Facebook, kejadian difahamkan terjadi di Presint 10, Putrajaya.

Berikut antara kronologi berkaitan kejadian yang dinyatakan Shukri dalam perkongsiannya itu.

1. Kejadian berlaku di Presint 10, Putrajaya

2. Menurut saksi, mangsa dikatakan berada di laluan sebelah kanan ketika kejadian terjadi

3. Shukri yang juga merupakan saksi utama kejadian melihat sendiri di depan mata bagaimana mangsa bergesel dan dilenyek oleh lori

4. Shukri terus mendapatkan mangsa dan memeriksa nadi (nadi dalam keadaan lemah).

5. Dia kemudiannya menghubungi talian kecemasan (bantuan tiba sekitar 10 minit)

6. Hasil pemeriksaan pegawai perubatan, wanita berkenaan disahkan meninggal dunia

7. Mangsa merupakan seorang wanita Melayu dari Subang Jaya dan berbasikal sendirian ke Putrajaya

Takziah buat keluarga mangsa. Dalam masa yang sama, kejadian sebegini sepatutnya menjadi iktibar buat mereka yang ingin meneruskan aktiviti berbasikal.

Keselamatan dan juga mematuhi peraturan di jalan raya adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.