Kedai Makan Siap Hidang Shisha Masa Musim PKP, Macam Mana Kes Nak Turun?

0
2192

Meskipun sudah hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dilaksanakan namun masih ada yang berdegil tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Semalam, hasil tinjauan UTUSANTV di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati masih ramai yang sengaja melanggar dan tidak mempedulikan SOP.

Lebih mengejutkan, ada restoran bertindak berani membuka meja dan membinarkan pengunjung minum sambil menghisap ‘shisha’ di dalam premis mereka.

Melihatkan tindakan tersebut, mereka ini seolah-oleh tidak hairan dengan denda RM1,000 yang boleh dikenakan terhadap mereka.

Bukan itu sahaja, hasil tinjauan mendapati dapat dilihat ramai yang ambil ringan tentang pemakaian pelitup muka.

Ada yang meletakkannya di dagu, bukan sahaja salah dari segi SOP tetatpi boleh mengundang virus aatau bakteria di dagu untuk dipindahkan ke mulut dan hidung.

 

Antara kesalahan lain yang dilakukan ketika PKP 2.0 adalah masih ramai yang sengaja keluar beramai-ramai dan melepak di taman-taman awam tanpa tujuan dengan alasan ‘boring duduk rumah.

Tinjauan diadakan di Taman Tasik Shah Alam, semalam.

Meksipun kes masih mencatatkan empat angka, namun ramai ibu bapa seolah mengambil sikap acuh tak acuh apabila membawa anak-anak kecil beriadah tanpa memikirkan akibat sekiranya virus ini berjangkit kepada mereka dan anak mereka.

Melihatkan sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab serta tidak mempedulikan SOP yang telah ditetapkan menjadi punca kes COVID-19 semakin meningkat.

SUMBER: UtusanTv