Kehadiran Proton X70 sebelum ini sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi segelintir peminat kereta buatan Malaysia. Mana tidaknya, dengan tanda harga yang masih relevan, pengguna sudah boleh mendapatkan kemudahan lengkap umpama kereta kasta kayangan.
BACA: Akhirnya Proton Dedah Gambar Rasmi Model X50, Ramai Yang Teruja!
Malah baru saja lagi Proton berkongsikan gambar Proton X50, sudah ramai yang menyatakan keinginan untuk test drive dan tak kurang pula yang kembali bangga dengan kereta jenama nasional ini.
Namun antara komen yang paling kerap terlihat adalah perbandingan Proton X50 di antara pesaing lain yang terlibat di dalam pasaran SUV.
Tidak kurang juga yang sudah menjadi penyokong tetap dengan menyatakan bahawa melalui harga jangkaan (sekitar RM75,800 sehingga RM103,800) – ia sudah cukup memadai untuk menjadi kereta pilihan rakyat Malaysia yang inginkan kenderaan yang berdaya saing.
Malah beberapa hari sebelum ini, tertiris juga gambar kunci kereta ini dengan menampilkan fungsi remote engine start, membolehkan anda hidupkan enjin dari jauh terlebih dahulu.
Memetik laporan BH Online, kehadiran X50 mampu menjadi game changer arena kereta di Malaysia.
Tapi bagaimana pula pendapat anda? Ramai yang postif dengan Proton X70 yang hadir cukup lengkap di mata pengguna dan pastinya menjangkakan sesuatu yang setanding untuk X50. Sementara itu, Proton menyatakan mereka akan membuat kemunculan pertama model itu pada minggu hadapan.