Kekasih Jenis Makan Sikit, Lelaki Pasrah Terpaksa Jadi Tong Sampah

0
9860

Kebiasaannya setiap kali pasangan kekasih keluar dating, pasti akan ke kedai untuk makan bersama. Apatah lagi perlu memenuhi kehendak teman wanita yang craving nak makan itu ini.

Tapi yang selalu menjadi masalah, perempuan selalu nak makan itu ini tetapi tak pernah menghabiskan makan dan akhirnya lelaki yang akan menjadi mangsa terpaksa menghabiskannya.

Seperti video tular di TikTok ini memaparkan seorang gadis dating bersama kekasihnya di sebuah kedai makan. Namun, makanan yang dipesan oleh gadis itu tidak dapat dihabiskan.

@ivnasrg

Canda tempat sampah🤣 ##fyp

♬ original sound – ivanameylanda

Gadis itu kemudian meminta teman lelakinya menghabiskan makanan tersebut kerana kekenyangan. Seolah sudah menjadi rutin, lelaki itu mengambil pinggan gadis berkenaan dengan muka pasrah.

Lebih lucu, lelaki itu berkata dirinya sering dijadikan ‘tong sampah’ untuk menghabiskan makanan.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang dapat mengaitkan situasi berkenaan sering dihadapi oleh kaum lelaki. Namun, ada netizen di kalangan wanita mengatakan mereka pula jenis yang habiskan makan dan adakalanya tak pernah cukup.

Rasanya situasi seperti ini sememangnya biasa berlaku, yang mana akhirnya teman wanita maintain je berat badan yang lelaki pula mendadak naik. Apa nak buat, nasib badan!

SUMBER: TikTok & Says