Sejak semalam Malaysia digemparkan dengan kes pembunuhan berlaku di Sungai Besar melibatkan wanita berusia 21 tahun.
Difahamkan, mangsa ditikam dan ditoreh sehingga dua kali sebelum dibakar di ladang kelapa sawit Kampung Sungai Limau, Sungai Besar.
Suspek dipercayai kekasih mangsa berusia 20 tahun bertindak demikian selepas berlaku perselisihan faham yang mahu menutup kehamilan luar nikah mangsa.
Hari ini, hangat diperkatakan apabila seorang wanita mendakwa kekasih kepada suspek memuat naik video di TikTok menjelaskan bahawa dia bukan tunang kepada lelaki berkenaan.
“Salam semua, saya bukan tunang dia. Saya hanya girlfriend dia. Walau betul sekalipun dia bersalah, biarlah dia terima hukuman.
“Nak tak nak kita kena telan juga. Biarkanlah apa yang terjadi ni, jadikan pengajaran, ambil ikhtibar untuk semua perempuan di sana. Untuk A***n, terima kasih ya, aku dah maafkan semuanya,” tulisnya.
Sementara itu, turut menjadi perhatian komen wanita berkenaan mengatakan suspek seorang yang baik namun disebabkan keadaan memaksanya berbuat demikian.
Dalam pada itu, kenyataan wanita tersebut dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter sekaligus mengundang kecaman netizen.
Rata-rata netizen mempersoalkan sama ada wanita itu sedar atau tidak bahawa teman lelakinya sudah melakukan jenayah besar.
Kata netizen lagi, mereka sangkakan wanita itu akan trauma apabila mendapat tahu kekasihnya membunuh rupanya tidak.
SUMBER: Twitter Joe Antifragile