Keluar Darah & Jarum Tajam, Keluarga Fattah Anas Menderita Disihir?

Sering berkongsikan gelagat lucu dan comel anaknya, Fattah Anas di media sosial, baru-baru ini hangat diperkatakan apabila bapa kanak-kanak itu didakwa terkena sihir buatan orang.

Menerusi satu perkongsian di Instagram @fattahanas_boyyeah, ada dimuat naik gambar mengejutkan memaparkan objek tajam seperti jarum berserta cecair seperti muntah berwarna merah.

Gambar itu turut disertakan gambar oleh bapa kepada Fattah Anas memaklumkan bahawa dirinya sedang menderita dipercayai angkara sihir. Mohammad Firdaus turut memohon maaf seandainya ada pihak yang terguris hati dengannya.

https://twitter.com/pkckAm/status/1336115373100290048

Katanya lagi, dia merayu agar pihak berkenaan menghentikan perbuatan tersebut kerana tidak sanggup lagi menahan sakit, malah turut kasihan dengan dua anaknya.

Perkongsian tersebut ternyata mengejutkan netizen dan tidak menyangka masih ada lagi pihak melakukan perbuatan terkutuk itu. Dalam pada itu, netizen mendoakan agar keluarga Adik Fattah Anas terus diberi perlindungan.