Baru-baru ini tular di media sosial penemuan dua makam kecil yang bertanda nama Upin Ipin yang terletak di Palu, Sulawesi Tengah sekaligus mengejutkan netizen.
Menerusi video tular yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu menunjukkan Upin Ipin meninggal dunia pada tahun 1995 dan 1996.
Susulan video tersebut, ahli keluarga pemilik makam yang dinamakan sempena karakter Upin Ipin tampil mejelaskan kedua makam arwah itu tiada kena mengena dengan siri kartun popular daripada Malaysia itu.
Ibu saudara kanak-kanak tersebut bernama Limiyadin berkata, keluarganya menamakan semula makam itu sekitar tahun 2000 selepas selesai kerja baik pulih.
Katanya lagi, dua kanak-kanak itu bukanlah kembar seperti didakwa sebaliknya abang dan adik yang meninggal dunia ketika kecil akibat penyakit misteri.
“Mereka meninggal ketika usia belum mencapai setahun kerana penyakit misteri. Semasa kami sekeluarga membaik pulih tapak kubur pada 2000, ibu bapa anak-anak ini sengaja menamakannya Upin Ipin,” katanya.
Dalam pada itu, mereka mendapat inspirasi daripada karakter Upin Ipin dari Malaysia yang sangat popular di Indonesia.
SUMBER: Suara.com