Keluarga Pemandu Myvi Maafkan Pak Cik Pandu Kelisa Lawan Arus Kerana…

Setelah viral mengenai sebuah kereta Kelisa yang melawan arus baru-baru ini sehingga menyebabkan kerosakan dua buah kereta, ada cerita sebaliknya yang mungkin ramai tidak tahu.

BACA: Elak Bayar Tol Dengan ‘Cucuk’ Kereta Depan, Pemandu Myvi Ini Teruk Dimaki

Dalam kejadian yang mengundang rasa marah segelintir netizen, salah seorang mangsa kemalangan yang memandu Myvi menjelaskan situasi yang terjadi selain keluarganya turut memaafkan warga emas yang memandu kereta berkenaan.

Menurut laporan portal Sinar Harian Plus, keluarga mangsa meminta orang ramai agar tidak memarahi pemandu Kelisa berkenaan.

“Pemandu Myvi itu kakak saya…harap semua jangan salahkan pakcik itu sebab pakcik itu dah tua sangat, dia baru lepas buat pembedahan.

“Keluarga kami pun dah maafkan pakcik tu, semua dah reda mungkin kakak saya tak ada rezeki ketika kejadian itu,” tulis pemilik akaun dengan nama Siti Syasya Syafiqah di laman sosial.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.