Nampaknya tanggapan ‘customer is always right’ tidak boleh diguna pakai sepenuhnya lebih-lebih lagi jika pelanggan sendiri yang bertindak melampaui batas serta menimbulkan masalah.
Baru-baru ini tular perkongsian seorang penghantar makanan mengenai seorang pelanggan yang bersikap biadap dan melemparkan kata-kata kesar ketika memesan makanan.
Menerusi perkongsian di Facebook itu, pelanggan tersebut memesan makanan untuk dihantar ke rumahnya, tapi turut disertakan dengan kata-kata makian dan juga ugutan. Memang geleng kepala apabila membaca mesej yang dihantar oleh pelanggan tersebut.
Mesej-mesej yang dihantar itu sekali lagi mengingatkan penghantar makanan itu untuk menghantar makanan yang dipesannya sehingga ke hadapan rumahnya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terutama rakan penghantar yang terkejut dengan kata-kata makian daripada pelanggan itu.
Kata netizen, meskipun mereka ini bekerja sebagai penghantar makanan namun pelanggan harus menghormati sama seperti pekerjaan lain.
Malah, netizen turut menasihatkan untuk membuat laporan polis kerana mesej yang dihantar itu mempunyai unsur ugutan dalam masa yang sama untuk menjamin keselamatan diri.