Kena Marah Dengan Jurumekap Sebab Banyak Cakap, Video Ini Bukti Wanita Tak Pernah Salah

Tidak dinafikan dalam dunia solekan lelaki pun tidak kurang hebatnya dan ramai juga jurumekap artis di kalangan lelaki. Malah, hasil kerja tangan mereka juga boleh dikatakan lebih memuaskan.

Baru-baru ini tular video dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok mitahamid_official yang sempat mendapatkan khidmat jurumekap lelaki selama tiga hari berturut-turut untuk projek akhir tahun.

Namun, apa yang menjadi perhatian ketika disolek wanita itu rancak berborak dengan kenalannya yang ketika itu jurumekap berkenaan sedang fokus memakaikan lip liner.

Pada awalnya, jurumekap berkenaan menegur secara baik, namun tidak mampu bersabar lagi apabila wanita itu terus berborak sehingga jurumekap tersebut memarahinya supaya diam seketika.

Tidak hanya berdiam diri, wanita itu mempersoalkan semula jurumekap berkenaan kerana jika benar dia profesional pasti boleh meneruskan solekan biarpun pelanggan tidak duduk diam.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam wanita tersebut supaya memudahkan kerja jurumekap berkenaan.

Malah, ada yang memberi komen sindiran meminta wanita itu mencuba untuk memakai lipliner sendiri sambil sedang bercakap.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa kasihan dengan jurumekap berkenaan apabila perlu berdepan dengan pelanggan yang menyusahkan.

SUMBER: TikTok Mitahamid