Jika anda tidak mahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dilaksanakan, adalah lebih baik kita sama-sama menjaga penjarakan sosial di samping penggunaan pelitup muka.
BACA: Bermula 1 Ogos, Tak Pakai Pelitup Muka Boleh Kena Denda RM1,000
Ini kerana, kerajaan tidak akan teragak-agak melaksanakan kembali PKP sekiranya kes meningkat atau mencecah tiga angka.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika kes terus meningkat, kerajaan tiada pilihan melainkan mengembalikan semula PKP sekali gus mengehadkan pergerakan.
“Empat hari berturut-turut kes meningkat. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan kes meningkat disebabkan kealpaan kita sendiri”
“Kita lupa apabila kita melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang akhirnya kes semakin meningkat. Kita berharap tindakan kita belum lagi terlewat dan SOP untuk Aidiladha akan diumumkan esok,” katanya yang dipetik melalui Harian Metro.
Kebimbangan tersebut jelas terasa lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sambutan Aidiladha, menurut beliau.
“Kita semua patut menjadi barisan hadapan dan nasihatkan keuarga terdekat supaya mengikut SOP”
“Apa yang membimbangkan Aidiladha nanti bila acara sembelih lembu, tiada jarak sosial dilakukan dan selepas itu majlis kenduri pula diadakan,” katanya.
Sehingga kini, kegiatan rentas negeri masih lagi dibenarkan melainkan ada pengumuman lain esok.