“Kerajaan Akan Terus Tegakkan Kedaulatan Undang-Undang”

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan yang kerajaan akan terus menegakkan kedaulatan undang-undang negara untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Kenyataan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

“Kerajaan menghormati keputusan mahkamah dan menggesa semua pihak agar terus meletakkan kepercayaan kepada sistem perundangan serta kehakiman negara sebagai institusi yang bebas dan berkecuali”

“Saya memahami perasaan dan sentimen rakan-rakan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah, namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional akan sentiasa menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang”

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan menghormati hak Najib untuk merayu atas hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.

“Sama-samalah kita beri ruang kepada proses undang-undang untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan,” ujar beliau.