Kerajaan Cadang Kenakan Caj 20 Sen Bagi Pembelian Online Bawah RM1,000

0
4887

Kerajaan bercadang mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus kepada pembeli yang melakukan pembelian dalam talian termasuk portal e-dagang, Lazada dan Shopee.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, caj perkhidmatan dikenakan serendah 20 sen bagi pembelian RM1,000 ke bawah.

Bagaimanapun, katanya Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) belum menetapkan lagi minimum pembelian bagi membolehkan caj perkhidmatan itu dikenakan.

Menurut Zahidi, caj perkhidmatan yang dikutip itu akan digunakan untuk penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi bagi mengelak pencerobohan siber.

“Perkara ini sedang dalam mesyuarat dan perancangan untuk kita bentangkan kepada kerajaan supaya dapat mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Jelasnya lagi, ia bukanlah seprti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana banyak pembelian dalam talian tidak membayar cukai, sekali gus menyebabkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan.

“Bagi mengenakan cukai agak rumit dan perlu diluluskan Parlimen, menyebabkan kita perlu memperkenalkan caj perkhidmatan ini,” katanya.

SUMBER: BH Online