Kerajaan Lancar Pakej Bantuan PERMAI Bernilai RM15 Bilion

Bagi menambahbaik inisiatif sedia ada selain mahu memastikan kesejahteraan rakyat, kerajaan telah melancarkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.

BACA: 3 Punca Kerajaan Sukar Benarkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Menurut Perdana Menteri, apa yang dilakukan kini adlaah untuk memastikan kebajikan rakyat terpelihara selain dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan perniagaan.

“Kerajaan berulang kali membuktikan tidak akan berkompromi dalam memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

“Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan,” katanya ketika mengumumkan pakej bantuan PERMAI di sini hari ini.

Selain itu memetik laporan BH Online, walaupun dengan pelbagai bantuan untuk membantu rakyat, kerajaan menjelaskan bahawa impak PKP terhadap ekonomi negara masih dalam keadaan terkawal.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

Sumber: BH Online