Umum mengetahui hari ini Malaysia dikejutkan dengan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa telah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baru.
Susulan dakwaan hangat itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu kenyataan sebentar tadi mengatakan dakwaan tersebut perlu dibuktikan melalui proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan Media YAB Perdana Menteri pic.twitter.com/EN64KAB9ds
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) September 23, 2020
“Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah dakwaan semata-mata.
“Sehingga dibuktikan sebaliknya, Kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut meminta rakyat supaya bertenang menghadapi situasi berkenaan dan isu itu akan ditangnai dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.