Kerajaan Umum BPN 2.0, Bantuan RM1,000 Untuk Golongan B40

0
1576

Dalam Perutusan Khas Kita Prihatin sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 berjumlah RM 1000 untuk isi rumah B40.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021.

Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

Menurut Muhyiddin, tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 dimana kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Jelasnya lagi, bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

Dalam pada itu, kerajaan turut menyalurkan bantuan RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.