Kerajaan Umum Moratorium, Pengurangan Ansuran Pinjaman Diteruskan

Menerusi sidang media Pakaej Bantuan Khas sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Bantuan Pelindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion.

Mengumumkan bantuan itu, Muhyiddin berkata Permai bertujuan menambah baik inisiatif sedia ada dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan berteraskan matlamat untuk memerangi Covid19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Menerusi inisiatif itu, beliau mengumumkan moratorium termasuk lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank seperti yang diumumkan sebelum ini.