Kerajaan Umum Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 13 Hingga 26 Januari

Dalam perutusan khas sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berkuat kuasa bermula 13 Hingga 26 Januari 2021 melibatkan enam negeri.

Perintah Kawalan Pergerakan akan dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Sabah.

Dalam pada itu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di laksanakan di negeri Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dari 13 hingga 26 Januari. Manakala, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di laksanakan di Perlis dan Sarawak.

Aktiviti sosial libatkan perkumpulan ramai termasuk kenduri kahwin, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam tidak dibenarkan.

Pergerakan rentas negeri seluruh negara tidak dibenarkan dan bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.