Kerajaan Wujudkan Jawatankuasa Teknikal Darurat Demi Pengurusan Yang Lebih Berkesan

Bagi memastikan pengurusan darurat berjalan lancar di seluruh negara, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat.

BACA: Kerajaan Malaysia Tandatangani Perjanjian Dapatkan Vaksin Covid-19, Bakal Terima Seawal Suku Pertama 2021

Apa yang anda perlu tahu mengenai perkara ini adalah jawatankuasa tersebut sebenarnya adalah untuk memastikan pengurusan darurat di setiap negara berjalan lancar.

Keputusan tersebut telah dibuat pada Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara.

“Bagi memastikan pengurusan darurat di seluruh negara berjalan lancar, sidang bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat yang akan dipengerusikan bersama oleh YB Menteri Undang-Undang (Datuk Takiyuddin Hassan), dan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali),” jelas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan.

Selain itu, Muhyiddin berkata, jawatankuasaitu juga akan dianggotai oleh lapan ahli tetap iaitu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah Keselamatan Negara dan Ketua Kluster.

“Insya-Allah, saya berharap agar jawatankuasa yang ditubuhkan ini akan mendapat kerjasama dan sokongan di semua peringkat bagi memastikan pengurusan darurat di seluruh negara dapat dilakukan dengan berkesan,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani