Umum mengetahui minggu lalu bermula sesi persekolahan secara bersemuka selepas beberapa bulan menjalani pembelajaran di rumah secara atas talian.
Baru-baru ini, tular sekeping gambar seorang murid menikmati makanan yang disediakan oleh ibunya ketika waktu rehat.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah makanan yang dibawa oleh murid berkenaan disediakan di dalam mangkuk tingkat. Bagaimanapun, daripada hanya gambar gambar biasa sebaliknya menjadi bahan ketawa dan sindiran netizen.
Perkara itu turut mendapat perhatian seorang pengguna Twitter, Qysha berkata mangkuk tingkat sepatutnya dijadikan warisan yang perlu dikekalkan bukan bahan ketawa.
https://twitter.com/akak_pening/status/1369080009973899266
Menurutnya, apa salah membawa mangkuk tingkat, jika di negara Jepun rakyat mereka bangga membawa bento yang dibalut dengan kain.
https://twitter.com/Dominiclauhc/status/1368836323419680770
Dalam pada itu, ramai yang mengecam individu yang tidak ada rasa bersalah memuat naik gambar tersebut di media sosial.
Kata netizen tindakan menyebarkan gambar itu sekaligus menyebabkan murid itu turut terkena tempias menjadi bahan ketawa.
Tak faham kenapa sampai jadi bahan ketawa sedangkan ibu kepada murid tersebut berpenat lelah untuk pastikan anak mereka makan di sekolah.
SUMBER: Twitter