Kerana Kata-Kata Kesat & Body Shaming, ‘Influencer’ Eira Aziera Disaman RM2 Juta

Kecoh juga warga laman sosial media sebelum ini apabila salah seorang influencer atau pun personaliti media viral dengan video di kedai makan dan juga body shaming ketika sesi Live di Facebook.

BACA: Ini Kisah Di Sebalik Video Viral Wanita Mengamuk Kereta Ditunda

Bagaimanapun, di atas tindakannya itu, dia kini berdepan saman lebih RM2 juta susulan tindakannya yang didakwa menghina bentuk fizikal seorang wanita menerusi Facebook (FB) secara langsung, pada 18 Ogos lalu.

Menurut laporan Harian Metro, saman sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan kemudiannya akan diserahkan kepada pihak personaliti itu.

“Hari ini saman sudah didaftar di mahkamah dan petang ini saya sudah terima emel dari tetuan Yahaya Ahmad & Co dari Sungai Petani, Kedah, yang mengatakan bertindak bagi pihak Eira Aziera atau nama penuhnya adalah Noorazira Pissal, 37.

“Jadi Saman dan Pernyataan Tuntutan akan diserahkan menerusi emel dan kurier kepada peguam Eira (personaliti) dan dalam tempoh 14 hari, kehadiran perlu difailkan.

“Dalam 14 hari selepas itu, pembelaan perlu difailkan. Tarikh sebutan pertama di Mahkamah Tinggi Johor Bahru adalah pada 11 November depan,” jelas peguam bagi pihak Suharnizan Md Sidek, 37, iaitu Mohd Rasheed Hassan.

Eira sebelum ini didakwa mengeluarkan kata-kata kesat termasuk memaparkan gambar Suharnizan serta anaknya tanpa pengetahuan dan kebenaran pihaknya.

Katanya, insiden yang berlaku kira-kira jam 10 pagi, 18 Ogos lalu, dipercayai bermula apabila dia menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara ‘live’ yang dikongsikan rakannya di laman terbabit.

Menurut peguam bagi pihak Suharnizan, sebelum ini Eira ada membuat permohonan maaf secara live di Faecbook, bagaimanapun isu body shaming boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.