Kerana Neelofa, Perkataan ‘Deen’ Trending Di Twitter

Selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, PU Riz dalam majlis penuh indah Sabtu lalu, perkongsian Neelofa di Instagram sejurus selepas majlis menjadi perhatian ramai.

Malah, penggunaan perkataan ‘Deen’ yang bermaksud agama sohor dalam entri tersebut turut tular di laman Twitter.

Menerusi entri itu, Neelofa memuat naik gambar bersama suaminya serta kapsyen bahawa Haris telah melengkapkan separuh daripada agamanya.

“You complete half of my Deen, Alhamdulillah (Awak sudah melengkapkan separuh daripada agama saya),” tulisnya.

Difahamkan, ramai yang tidak tahu maksud Deen itu dan mengetahuinya selepas Neelofa membuat perkongsian berkenaan.

Susulan kapsyen itu juga, ramai netizen turut menzahirkan keinginan untuk mendirikan rumah tangga bagi melengkapkan agama masing-masing.

SUMBER: Kosmo!