Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai temubual oleh pelawak terkenal, Harith Iskander bersama usahawan sensaji Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.
Menerusi temubual itu, Sajat memberitahu dirinya adalah transgender dan memberitahu keputusannya untuk meninggalkan Malaysia mendakwa keselamatannya terancam.
Bagaimanapun, dalam temubual tersebut ada pihak yang kurang setuju dengan pendedahan yang dibuat oleh Sajat dimana usahawan sensasi itu menafikan pelariannya itu disebabkan kes hutang RM200,000 serta menyifatkan ianya sebagai fitnah.
Temubual itu turut mendapat perhatian plaintif yang juga pengasas OWA Resources, Nurwati Hussin yang menyatakan mahu menyaman Harith Iskander berikutan temubual yang berat sebelah.
Menerusi satu komen, Nurwati mendakwa disebabkan Live tersebut ramai yang keliru dan mempersoalkan kembali kes berkenaan sedangkan pihaknya sudah pun menang kes tersebut.
Dakwanya lagi, Harith menemubual individu yang kalah kes dan membiarkan memanipulasi penonton. Katanya lagi, Live tersebut hanya akan memanjangkan lagi isu sedangkan mahkamah sudah memberi keputusan muktamad.
Diakhir komen berkenaan, Nurwati turut memberitahu nantikan sahaja surat saman daripada pihaknya.
Sementara itu, seorang netizen dikenali sebagai Zayed Zulkifli membuat kesimpulan mengenai komen Nurwati itu bahawa tindakannya mahu menyaman Harith Iskander berikutan Live berbaur fintah terhadap dirinya.
Terdahulu, Sajat diarahkan membayar ganti rugi kepada OWA Resources sebanyak RM200,000.
OWA Resources memfailkan saman terhadap Nur Sajat Aesthetic di atas kegagalan syarikat usahawan tersebut membekalkan bengkung dan girdle yang dipesan oleh stokis itu di antara bulan Februari dan April tahun 2018.
SUMBER: FB Ahmad FitriĀ