Kerana Ucapan Birthday Pada Sajat, Netizen Kata Aliff Syukri Bakal Masuk Neraka

Kehilangan seorang sahabat samada hidup atau mati pastinya membuatkan kehidupan sedikit berbeza dan perkara itu turut dirasai sendiri oleh Aliff Syukri.

BACA: Netizen Kecam Tindakan Petugas Hospital Kerajaan Lambat Tolong Arwah Nenek Aliff Syukri?

Memang ramai yang tahu bahawa Aliff dan juga Sajat adalah kawan rapat dan pemergian Sajat ke Australia sedikit sebanyak membuatkan usahawan tersebut kebosanan – seperti yang didakwanya dalam satu perkongsian di laman Instagram.

Tujuan posting tersebut tidak lain dan bukan sebenarnya hanyalah untuk mengucapkan selamat hari lahir buat Sajat bagaimanapun perkara tersebut ternyata tidak disenangi segelintir netizen.

Malah ada yang terus menghukum Aliff dengan ucapan hari lahir tersebut namun mungkin ada juga komen daripada pihak netizen yang telah dipadam.

Begitulah jadi Aliff, setiap perkara yang dilakukannya pasti menjadi perhatian.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.