Kereta Masih Ada Waranti, Ini Punca Haqiem Rusli Mahu Kerajaan Tegas Dengan Stesen Minyak Ini

Sebelum ini, isteri penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah stesen minyak selepas mendakwa tidak mahu bertanggungjawab atas kerosakan kereta miliknya.

Anis mendakwa pada 17 Mac lalu, kereta jenis Mercedes yang dinaiki bersama Haqiem tidak dapat bergerak selepas mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Kuala Berang, Terengganu.

Dakwa Anis lagi, selepas kenderaannya diperiksa pihak bengkel memaklumkan dalam tangki minyak kereta mempunyai air yang dipercayai masuk ketika mengisi minyak di stesen berkenaan.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Anis meluahkan rasa kecewa dengan sikap pihak Stesen Shell Bukit Besi yang tidak bertanggungjawab serta hanya berdiam diri mengenai perkara itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@anissofeaaz)

Menurutnya lagi, sudah hampir sebulan mereka menunggu namun pihak stesen Shell itu gagal memberikan maklumbalas mahupun kerjasama.

“Saya juga rasa amat dukacita di atas kegagalan pihak Shell dalam memberikan kerjasama kepada pelanggan Shell seperti saya yang ada masalah kereta rosak disebabkan kecuaian pihak stesen minyak Shell.

“Stesen minyak itu menjual minyak yang bercampur air mengakibatkan saya terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk membaik pulih kereta itu,” katanya.

Susulan itu, Haqiem dan isterinya berharap kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap stesen minyak berkenaan.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan pada 22 Mac lalu, Haqiem dan isteri telah pun berjumpa dengan pihak Shell untuk bincangkan isu tersebut dan pihak stesen minyak itu meminta kebenaran untuk memindah keretanya dari Mercedes-Benz ke bengkel lain.

Bagaimanapun Haqiem dan isteri menolak kerana bengkel yang dicadangkan itu tidak berstatus pengedar sah Mercedes-Benz, apatah lagi kereta mereka masih lagi dalam waranti.