Kereta Peronda Honda Civic Polis Dilarikan Pasangan Ini Dari Pulau Pinang Ke Shah Alam

Terbaca mengenai berita ini, kami sedikit tergamam dan dalam masa yang sama tidak faham dengan motif yang dilakukan pasangan sekitar umur 20-an dan 30-an ini. Jarang orang buat macam ini, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kenderaan milik pihak berkuasa.

BACA: Tak Tahan ‘Ditipu’, Scammer Pun Mengalah Dengan Pegawai Polis Ini

Melalui laporan Harian Metro, kejadian dikatakan berlaku di Pulau Pinang di mana dua suspek telah melarikan sebuah kereta peronda (MPV) model Honda Civic 1.8S milik pasukan polis di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, sekita jam 9.40 malam.

Menurut sumber, suspek dipercayai menyamar sebagai anggota polis dengan memasuki kawasan IPD dengan menunggang motosikal.

“Suspek kemudiannya mendakwa mahu melakukan pemeriksaan terhadap MPV berkenaan sebelum melarikan salah sebuah kereta peronda polis itu”

“Susulan itu pihak polis melancarkan gerakan bagi memburu suspek yang dipercayai melarikan kenderaan itu ke selatan tanah air,” katanya.

Gambar: Harian Metro

Kereta MPV polis itu kemudiannya menjaya ditemui semula berhampiran lampu isyarat di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, sekitar jam 2 pagi tadi.

“Dua suspek membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 20-an dan 30-an yang melarikan MPV itu berjaya diberkas polis di lokasi kejadian”

“Ada kemungkinan kereta MPV yang dilarikan itu kehabisan petrol. Motif kereta MPV itu dilarikan masih dalam disiasat,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Kereta MPV Honda Civic 1.8S adalah kenderaan terbaru digunakan PDRM yang dilengkapi peralatan komunikasi dan kamera berteknologi terkini sejak pertengahan September lalu.

Sebanyak 425 kereta Honda Civic 1.8S yang dilengkapi peralatan komunikasi RMPNet, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih digunakan PDRM dengan menelan kos keseluruhan bernilai RM67 juta.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

Sumber: Harian Metro