Kerusi Auto Boleh Keluar Kereta, Video Ini Viral Buat Pengguna Myvi

Sebut sahaja Perodua Myvi, pasti ramai kenal dengan model hatchback yang terkenal dengan jolokan ‘King’. Malah, ada sahaja kisah menarik kita dengar mengenai Myvi.

Nampaknya, Myvi bukan sahaja hebat di jalan raya, siapa sangka boleh mempunyai kerusi auto keluar kereta. Baru-baru ini, tular video di TikTok oleh Ggarage Autoparts berkongsikan kehebatan kerusi auto berkenaan yang boleh keluar dari kereta.

Apa yang pasti, kerusi berkenaan sememangnya memudahkan penumpang yang kehilangan upaya untuk memudahkan mereka menaiki kereta tanpa perlu bersusah payah.

@ggarageautoparts6416Answer to @alifakmal95_ nk tahu lebih detail boleh pm ✌🏻

♬ original sound – 27 April gue ultah

Menerusi video tersebut, ada seorang netizen bertanyakan kos kerusi berkenaan dan bercadang memasang kerusi berkenaan untuk memudahkan ibunya yang lumpuh menaiki kereta.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Myvi yang kagum dengan ciptaan kerusi auto berkenaan dan mengatakan ia akan memudahkan mereka yang berkerusi roda menaiki kereta.

Bagaimanapun, tidak didedahkan kos pemasangan kerusi berkenaan dan jika berminat boleh bertanya lebih lanjut kepada Ggarage Autoparts.

SUMBER: TikTok Ggarage Autoparts