Sejak semalam tular video di laman Twitter memaparkan seorang lelaki dipercayai warga emas melakukan perbuatan tidak senonoh sambil mencium pakaian dalam wanita.
Susulan video itu, seorang pengguna Twitter memuat naik beberapa keping gambar memaparkan komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen.
Lebih mengejutkan ada netizen yang menyalahkan mangsa wanita kerana menjemur pakaian dalam di luar rumah sekaligus mengundang kejadian itu berlaku.
https://twitter.com/nolongerskek/status/1503647582039334913
Bukan itu sahaja, ada juga yang menyalahkan isteri lelaki berkenaan yang didakwa tidak melayan nafsu suaminya hingga berkelakuan di luar kawalan seperti itu.
Komen-komen berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan mangsa sudah menyidai pakaian dalam di tempat tersorok disebalik dinding namun ada yang menyalah si penyidai baju.
Malah, ada yang mengatakan jika dalam isu berkenaan masih mahu menyalahkan wanita, individu tersebut perlu jumpa pakar psikiatri.
SUMBER: Twitter @nolonerskek