Kesian Atau Lucu? Lelaki Ini Ajar Bekukan Telur & Kerat Empat Demi Nak Jimat

Tak tercapai akal kami untuk berjimat seperti lelaki dalam video ini. Memang masa belajar dulu pun ada hari yang tak cukup duit tapi idea ini lain macam betul.

BACA: Masuk Eco Shop Pun Dah Bahagia, Gelagat Wanita Ini Jadi Perhatian

Dalam satu perkongsian di TikTok tersebut, seorang lelaki telah bertindak menyimpan sebiji telur ayam di dalam tempat sejuk beku selama 24 jam.

Setelah telur tersebut beku, dia kemudiannya mengupas telur tersebut selain turut memotongnya kepada empat bahagian.

Tertunggu-tunggu apa tindakan selepas memotong empat bahagian telur tersebut, rupa-rupanya ia boleh digoreng satu persatu. Nampak macam tak logik bukan, tapi itulah dia.

@zamypurba

Sape yg masih student tu?? Korang kena cuba! ##telurbeku ##GrowWithTiktokGuru ##sharingpurba ##struggleisreal ##lockdown

♬ Theme from “Rocky III” (Eye of the Tiger) – APM Music

Menjengah ke ruang komen pula, ramai yang terkejut dengan cara ‘berjimat’ lelaki berkenaan malah ada juga menyarankan tips lain untuk berjimat secara ekstrem tersebut.

Adakah anda juga pernah berjimat seperti ini? Share sikit apa cara paling nak berjimat masa belajar dulu.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.